KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida
Shafiq Noordin
Julai 10, 2018 14:19 MYT
Julai 10, 2018 14:19 MYT
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan untuk melakukan penyusunan kategori dan tahap bahaya setiap kawasan rekreasi berisiko tinggi di negara ini.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata kawasan rekreasi itu melibatkan aktiviti air dan pendakian gunung sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengunjung.
“Ini satu pendekatan baik terutamanya program-program riadah yang melibatkan kawasan berisiko tinggi -- gua ke gunung ke bukit -- ada satu panduan garis sebelum mereka (pengunjung) masuk.
“Kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak polis diperlukan supaya aspek keselamatan dapat dipantau. Namun, saya tidak tahu sama ada ia dibawah Kementerian saya atau Kementerian Belia dan Sukan kerana ini membabitkan banyak Kementerian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengkategorikan kawasan rekreasi berisiko susulan daripada insiden 12 pelajar lelaki dan jurulatih yang terperangkap di gua Tham Luang, Thailand baru-baru ini.
#gua Tham Luang
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#KPKT
#pbt
#rekreasi
#riadah
#Zuraidah Kamaruddin