KPKT kaji semula harga jualan rumah PPR
Astro Awani
Mac 29, 2013 08:28 MYT
Mac 29, 2013 08:28 MYT
Kerajaan bercadang menaiktaraf pelan binaan rumah kos rendah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan penghuninya menikmati kediaman lebih selesa.
Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dari segi rekabentuk rumah berkenaan termasuk ke atas kemudahan seperti pusat rekreasi, surau dan ruang letak kenderaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Chor Chee Heung menegaskan bahawa kerajaan bukan sahaja mahu membina lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat, tetapi pada masa sama meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Untuk itu KPKT turut bercadang untuk mengkaji semula harga jualan PPR bagi menampung kos pembinaan yang semakin meningkat.
Pada masa ini rumah berkenaan dijual pada harga RM35,000 seunit.
Ia dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding kos sebenar yang mencecah RM150,000 seunit.
Ikuti video ulasan Datuk Chor Chee Heung mengenai rancangan pembaikan ini.