KPKM nafi keluarkan poster tular mengenai isu beras

Bernama
Oktober 10, 2023 00:20 MYT
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan telah mengeluarkan poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang tular ketika ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan telah mengeluarkan poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang tular ketika ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, poster itu adalah fitnah dan tidak betul.
"Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
"Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang ditularkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
#KPKM #nafi #poster tular #isu beras
;