'KPI Ketua Perwakilan jamin prestasi cemerlang Kementerian Luar' - Anifah

Wan Syamsul Amly
Januari 13, 2016 23:56 MYT
ANIFAH: KPI Ketua Perwakilan Malaysia bagi 2016 disediakan sejajar dengan KPI Menteri Luar Negeri dan Pelan Strategik Kementerian 2016-2020. -Gambar fail
Penunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap Ketua Perwakilan Malaysia di luar negara memastikan mekanisme penilaian diadakan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan kemajuan kerjaya masing-masing.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia sekali gus dapat memantau prestasi dan pencapaian setiap wakil rasmi Kerajaan di luar negara.
"KPI Ketua Perwakilan Malaysia bagi 2016 disediakan sejajar dengan KPI Menteri Luar Negeri dan Pelan Strategik Kementerian 2016-2020," katanya semasa Majlis Penyerahan KPI di pejabatnya di sini pada Rabu.
Turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.
KPI merupakan satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan KPI setiap Ketua Perwakilan Malaysia di luar negara memastikan mekanisme penilaian diadakan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan kemajuan kerjaya masing-masing.membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan selaras dengan misi dan visi Kementerian Luar.
Sebelum ini, Anifah berkata Pelan Strategik Kementerian Luar 2016–2020 akan menggariskan hala tuju, memupuk budaya kerja yang baik termasuklah mewujudkan semangat kekitaan (esprit de corps) di kalangan warga Wisma Putra sendiri.
Jelasnya, ia penting dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai kementerian utama yang melaksanakan dasar luar dan hubungan antarabangsa negara.
#Anifah Aman #Ketua Perwakilan Malaysia #KPI #Penunjuk Prestasi Utama #Wisma Putra
;