KPDNKK tumpaskan sindiket penjualan diesel bersubsidi
Astro Awani
September 20, 2013 16:21 MYT
September 20, 2013 16:21 MYT
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan sindiket penjualan diesel bersubsidi di Jeti Rimbunan Niaga, Kota Tinggi, Johor.
Sejumlah 560,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM 3.1 juta membabitkan nilai subsidi RM336,000.
Rampasan yang dilakukan itu adalah hasil intipan pegawainya di tapak jeti swasta itu selama seminggu.
Ketua Unit Pasukan Petugas Khas 3 KPDNKK Putrajaya, Sabtu Ibrahim berkata rampasan kali ini merupakan yang terbesar di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Menurutnya sindiket berkenaan dipercayai beroperasi awal tahun ini menggunakan taktik taktik membeli diesel dari mana-mana stesen minyak sebelum disimpan di jeti berkenaan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.