KPDNKK nafi harga minyak masak akan naik
Bernama
Oktober 25, 2017 19:03 MYT
Oktober 25, 2017 19:03 MYT
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan harga minyak masak akan naik seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press bertarikh 19 Okt 2016 tentang kenaikan harga minyak masak.
"Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna," kata kementerian itu.
Justeru, semua pihak disarankan supaya merujuk kepada KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.
-- BERNAMA