KPDNKK bongkar kegiatan peraih barangan lusuh ubahsuai alat penimbang

Sharom Abu Bakar
Januari 11, 2018 21:22 MYT
Menurut KPDNKK, kegiatan penipuan yang di jalankan peniaga etnik Rohingya itu mula di tular di laman sosial sejak Rabu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu membongkor kegiatan penipuan timbangan yang di jalankan peraih barangan lusuh.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata kegiatan penipuan yang di jalankan peniaga etnik Rohingya itu mula di tular di laman sosial sejak Rabu.
Menurut Saharuddin, peniaga berkenaan juga bertindak licik dengan mengubah suai alat penimbang dalam urus niaga.
Susulan itu, menurut beliau, dua serbuan berasingan telah di lakukan di Kampung Jeram, Manir kira-kira jam 11.30 pagi Khamis bersama syarikat Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd.
“KPDNKK Terengganu mohon kerjasama daripada semua, mana-mana pihak berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan ini jika hendak jual barang-barang besi buruk dan sebagainya. Sila berhati-hati dalam ini.
“Dan kalau sekiranya kita perhatikan ada sebarang keraguan, kemusykilan atau pun kita nampak macam berlaku penipuan, sila maklumkan kepada KPDNKK Terengganu.
“Jadi kita minta supaya perkara ini tidak berlarutan sebab mereka ini secara mobile (bergerak) dan ini satu perkara yang agak sukar juga untuk kita,” jelasnya.
Saharuddin berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya menemui satu alat timbang yang diubah suai peniaga warga Rohingya yang menjalankan perniagaan secara bergerak.
Manakala pemeriksaan lanjut di sebuah lagi premis mendapati, seorang peniaga menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan.
Jelasnya, kedua-dua alat penimbang itu juga telah disita dan pihaknya akan membuat laporan polis terhadap dua peniaga berkenaan.
#barangan lusuh #etnik rohingya #KPDNKK #KPDNKK Terengganu #penimbang #penipuan alat penimbang #peraih #Saharuddin Mohd Kia
;