KPDNKK akan siasat tentang harga daging

Astro Awani
April 13, 2014 23:07 MYT
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek berkata kementeriannya akan segera menyiasat kesahihan dakwaan bahawa harga daging segar kemungkinan akan mencecah RM40 sekilogram seperti dilaporkan oleh satu akhbar tempatan.
Jelas Hassan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana perkara ini melibatkan kepentingan pengguna.
Akhbar itu juga melaporkan krisis kekurangan lembu dan bekalan daging segar akan berlaku bermula Jun sehingga Oktober.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Datuk Yusof Ismail meminta kerajaan supaya tidak hanya fokus kepada pengimportan lembu dari Australia bagi mengawal kenaikan harga daging.
Beliau mencadangkan kerjasama baharu dengan negara lain termasuk New Zealand atau Brazil bagi memastikan bekalan dan harga daging terkawal.
#Harga daging #Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani #Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
;