KPDNHEP tahan wanita jual produk tiruan dengan harga tinggi
Nur Fazlizai Ali
Julai 2, 2020 09:33 MYT
Julai 2, 2020 09:33 MYT
Seorang wanita ditahan bersama 20 unit produk penjagaan diri berjenama Faith Fleur yang dipercayai tiruan.
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata kesemua produk tersebut dijual menggunakan harga yang sama seperti harga produk tulen.
Katanya, wanita berkenaan telah direman untuk siasatan lanjut dan kesemua produk yang bernilai kira-kira RM875 turut dirampas.
Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Jika disabitkan kesalahan, denda maksimum RM10,000 boleh dikenakan terhadap individu tersebut bagi setiap barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Justeru, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya sentiasa menggunakan produk yang asli kerana kandungan produk tiruan tidak dapat dipastikan ketulenan dan keberkesanannya.
Ia sekali gus mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan serta diragui dari sudut kualitinya.
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk tiruan bagi melindungi hak cipta pemilik cap dagang yang tidak boleh ditiru sewenang-wenangnya, untuk dijual demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.
#Akta Cap Dagangan 2019
#asli
#cap dagang
#Faith Fleur
#harga
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#KPDNHEP
#Nor Azmi Lamisza
#palsu
#produk tiruan
#rampas
#reman
#serbuan
#siasatan
#terengganu
#tiruan
#tulen