JERANTUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam yang didakwa akan berlarutan sehingga Ramadan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya telah menerima aduan berhubung kekurangan bekalan telur dan inisiatif bagi menyelesaikan isu itu dilakukan bersama MAFI dalam memastikan semua pihak tidak terbeban.
"Isu ini di bawah pemerhatian kementerian kerana beberapa bulan lagi akan tiba Ramadan, sudah tentu pembekal dan peniaga kuih raya seumpamanya memerlukan bekalan telur.
"Perkara ini melibatkan harga dan bekalan, jadi dua aspek ini dibincangkan secara terperinci. Kalau harga stabil, tapi bekalan tidak ada pun akan jadi masalah, " katanya pada sidang media selepas merasmikan stesen minyak 5 Petrol Batu Balai, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd Datuk Juhari Abdul Ghani dan Pengarah Urusannya Datuk Seri Dr King Lim.
Semalam, media melaporkan Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) menjangka masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran berlarutan sehingga Ramadan yang didakwa berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran di pihak penternak.
Mengikut data, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta sebulan di seluruh negara.
Selain itu, Rosol memaklumkan 2,410 pemeriksaan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam dilaksanakan di seluruh negara bermula Sabtu lepas hingga semalam membabitkan 48 pemborong dan 2,362 peruncit.
Sementara itu, Lim ketika ditemui Bernama berkata pihaknya menyasarkan untuk membuka 100 stesen minyak di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak menjelang 2023.
Katanya sehingga kini 42 rangkaian stesen minyak jenama itu telah beroperasi dan kira-kira 15 stesen baharu lagi akan dibuka pada April ini.
"Kami akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut malah Five Petroleum Malaysia telah menerima lebih 200 permohonan untuk menyertai perniagaan stesen minyak menerusi jenama 5 Petrol ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
KPDNHEP serta MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam yang didakwa akan berlarutan sehingga Ramadan. - Gambar fail/BERNAMA
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.