KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel

Bernama
Mac 14, 2024 09:10 MYT
AZMAN: Jika ada pihak yang menukar bungkusan, tindakan akan diambil kerana mengelirukan pengguna; kami memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil membuat aduan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan memantau sama ada kurma yang dipercayai dari Israel dijual di negeri itu.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata bagaimanapun, pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.
Beliau berkata KPDN Kelantan akan melakukan pemantauan setiap hari termasuk di bazar Ramadan.
"Jika ada pihak yang menukar bungkusan, tindakan akan diambil kerana mengelirukan pengguna.
"Kami memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil membuat aduan," katanya pada sidang media di Pejabat KPDN di sini semalam.
Sebelum ini, tular sebuah kedai menjual kurma yang diimport dari Israel sempena Ramadan.
-- BERNAMA
#kurma Israel #KPDN kelantan #Bazar Ramadan #Azman Ismail
;