KP SPRM didesak undur diri siasat 1MDB

Sinar Harian
Mei 26, 2018 06:49 MYT
Isham berkata desakan itu juga berdasarkan isu pelantikan Mohd Shukri yang dikatakan tidak dibuat mengikut peruntukan sebenar. - Foto Sinar Harian
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull digesa mengundurkan diri daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.
"Saya desak Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.
"Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya, beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional," katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Shukri sebelum ini yang dilihat bersikap prejudis terhadap pelaku dalam kes 1MDB, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.
BACA: Transkrip penuh sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM
BACA: Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis
Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Najib.
Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri, supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.
Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.
BACA: Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd Shukri minta desak Najib berundur
BACA: Shukri perlu henti serangan awam - Ramkarpal
Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Isham yang juga merupakan Fellow overseer menjelaskan desakan itu juga berdasarkan isu pelantikan Mohd Shukri yang dikatakan tidak dilantik mengikut peruntukan sebenar.
"Beliau juga tidak dilantik menerusi Parlimen," katanya lagi.
BACA: Mohd Shukri Abdull dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM
BACA: Mohd Shukri anggap tugas di SPRM satu tanggungjawab berat
#1MDB #Abu Kassim Mohamed #Amerika Syarikat #AS #etika #Mohd Shukri Abdull #Najib Razak #pelaku #prejudis #profesional #sentimen peribadi #siasatan #SPRM #undur
;