Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut

Afiezy Azaman
Oktober 12, 2024 11:20 MYT
Seorang wanita maut dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kebakaran unit pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya. Tiga mangsa terlibat, termasuk dua wanita berusia 24 hingga 31 tahun.
  • Kebakaran di tingkat 14 sebuah pangsapuri 15 tingkat itu melibatkan kotak suis.
  • Kebakaran berjaya dipadamkan oleh bomba, dan dua mangsa yang selamat dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.39 pagi, pada Sabtu.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.
"Terdapat tiga mangsa termasuk dua wanita yang berusia di antara 24 ke 31 tahun, namun salah seorang wanita itu meninggal dunia kerana sesak nafas.
"Dua lagi mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran itu dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#sesak nafas #bomba #JBPM #Petaling Jaya
;