Kota Samarahan kini zon kuning, zon merah berkurang - KKM

Najmi Syahiran Mamat
Mei 11, 2020 17:18 MYT
Kebanyakan zon merah melibatkan kes baharu dari kluster dan lokaliti di kawasan PKPD. - Gambar AFP
Kawasan zon merah di negara ini kembali berkurangan daripada 10 kepada 9 kawasan selepas Kota Samarahan, Sarawak mencatatkan penurunan kes aktif COVID-19 kepada 36 kes.
Menerusi infografik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin, sembilan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Petaling dengan kes 60 kes aktif, Gombak (71), Batu (102), Ibu Kota (147), Kampung Bharu (73), Sri Petaling (45), Kluang (41), Rembau (130) serta Kuching (85).

Daerah dan zon merah berkurang daripada 10 kepada 9 mengikut statistik terbaru CPRC Kebangsaan KKM, 10 Mei. Daerah Kota Samarahan kini zon kuning selepas kes aktif berkurang kepada 36 kes. Kebanyakan zon merah melibatkan kes baru dari kluster dan lokaliti di PKPD. pic.twitter.com/3XJGRmYW3T

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KKM dalam pada itu, menyatakan kebanyakan zon merah melibatkan kes baharu dari kluster dan lokaliti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sementara itu, sebanyak 76 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 116 daerah zon hijau.
Negeri Terengganu dan Perak menuju kategori zon hijau atau negeri sifar kes aktif apabila masing-masing hanya merekodkan 12 dan 2 kes aktif.
#Batu #COVID19 #CPRC #Gombak #Ibu Kota #infografik #Kementerian Kesihatan #KKM #kluster zon merah #Kota Samarahan #Kuching #PKPB #PKPD #Rembau #sri petaling #zon hijau #zon kuning #zon merah
;