Koronavirus: Video tular pesakit dibawa ke Hospital Ampang palsu - KKM
Bernama
Januari 31, 2020 00:37 MYT
Januari 31, 2020 00:37 MYT
Rakaman video tular memaparkan seorang pesakit yang kononnya dijangkiti wabak 2019 novel koronavirus dan dibawa ke Hospital Ampang adalah palsu.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak hospital berkenaan.
KKM turut menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk dengan sumber sahih melalui saluran yang betul, selain tidak menjadi penyebar maklumat palsu.
Platform media sosial rasmi KKM:
-- BERNAMA
#berita palsu
#Hospital Ampang
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#maklumat palsu
#novel koronavirus
#tular koronavirus