Koronavirus: Tiada keputusan Kabinet sekat penerbangan dari China setakat ini - Anthony Loke
Bernama
Januari 31, 2020 15:51 MYT
Januari 31, 2020 15:51 MYT
Tiada keputusan setakat ini dibuat bagi menyekat penerbangan dari China ke Malaysia di sebalik langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar darurat kesihatan global pada Khamis berhubung jangkitan 2018 novel koronavirus.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu dibuat secara bersama oleh Kabinet termasuk mengambil kira arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
"Setakat ini kita belum sekat mana-mana penerbangan dari China. Apa dilaksanakan di Sabah ialah warganegara China yang terbang dari China tidak dibenarkan masuk ke Sabah, itu keputusan kabinet Sabah.
"Tetapi bagi kerajaan Persekutuan, (sekatan penerbangan di) pintu-pintu masuk lain perlu dibuat bersama oleh Kabinet dan setakat ini belum ada keputusan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini hari ini.
Ditanya sama ada langkah untuk menyekat penerbangan dari China akan dipertimbang kerajaan, Loke berkata pelbagai implikasi harus dilihat terlebih dahulu.
#Anthony Loke
#China
#darurat kesihatan global
#ECRL
#kabinet
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Laluan Rel Pantai Timur
#Malaysia
#Sabah
#wabak koronavirus di Malaysia