Koronavirus: Pesawat bawa warga Malaysia dari Wuhan selamat mendarat
Astro Awani
Februari 3, 2020 06:13 MYT
Februari 3, 2020 06:13 MYT
Pesawat AirAsia AK8265 yang membawa pulang warga Malaysia dari Wuhan, China selamat tiba di KLIA jam 5.57 pagi tadi.
Penumpang terdiri daripada 107 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak mereka.
Sejumlah 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) ini ekoran wabak penyakit 2019-nCoV di Wuhan.
Semua 141 penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU). Mereka yang dikesan mempunyai simptom jangkitan akan dibawa terus ke hospital.
Mereka yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke pusat pemantauan untuk tempoh 14 hari.
#2019-nCoV
#ADU
#Air Disaster Unit
#AirAsia
#AK8265
#HADR
#koronavirus
#Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana
#pesawat
#wabak