Koronavirus: Pesawat bawa balik rakyat Malaysia selamat mendarat di Wuhan
Hasimi Muhamad
Februari 3, 2020 20:53 MYT
Februari 3, 2020 20:53 MYT
Pesawat AirAsia, AK8264 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan, China pada pukul 8.53 malam waktu Malaysia.
Semakan radar antarabangsa FlightRadar24.com mendapati pesawat khas yang membawa 20 petugas itu selamat mendarat di lapangan terbang sebentar tadi.
Pesawat khas itu bertolak pada pukul 4.38 petang Isnin bagi membawa pulang 141 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar dekat wilayah Hubei.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,menjelaskan pesawat jenis A320 itu turut membawa 500,000 sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi menangani penularan wabak coronavirus (2019-nCOV) di republik terbabit.
#AirAsia
#Azizah
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#koronavirus
#Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe
#Perdana Menteri
#virus Wuhan
#Wan Azizah Wan Ismail