Korban kebakaran Grenfell Tower meningkat 30 orang
Agensi
Jun 16, 2017 21:01 MYT
Jun 16, 2017 21:01 MYT
Polis Britain mengesahkan angka korban kebakaran pangsapuri Grenfell Tower di sini meningkat kepada 30 orang.
Pihak penyiasat telah mengenal pasti lokasi tercetusnya kebakaran itu dan berdasarkan siasatan awal, ia bukan disengajakan.
Usaha mencari mangsa yang masih hilang menemui kesukaran kerana bangunan 24 tingkat itu musnah dijilat api.
Keadaan bangunan yang tidak selamat turut menjadi halangan kepada usaha siasatan.