Korban banjir Segamat ditemui

Astro Awani
Januari 26, 2017 09:18 MYT
Banjir di Segamat, Johor tanpa disangka telah mengakibatkan korban nyawa. - Gambar fail/Bernama
Mayat lelaki berusia 21 tahun yang menjadi mangsa korban pertama banjir di Segamat selepas bot dinaiki terbalik lewat petang Selasa lalu telah dijumpai selepas timbul pada permukaan air dengan jarak hanya 10 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, mayat mangsa Mohd Fais Syafiq Hassan itu ditemui pasukan mencari sekitar 7 pagi tadi sejurus memulakan semula operasi mencari dan menyelamat.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui terapung di permukaan air berjaya dibawa naik ke darat oleh pasukan penyelamat sekitar 10 minit kemudian.
Sejurus itu katanya, anggota keluarga yang berada di lokasi pencarian membuat pengecaman mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.
Terdahulu, mangsa dikatakan hanyut dibawa arus deras sebelum bot dinaiki bersama bapa saudara, sepupu serta dua rakan lain terbalik akibat berlaku peelanggaran dengan dua lagi bot lain dalam satu kejadian di Kampung Tengah Segamat.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Tengah menuju ke Jalan Pemuda bagi menyelamatkan harta benda susulan terjejas dengan banjir.
#banjir #banjir johor #banjoir segamat #mangsa banjir
;