Konvoi penjara kemalangan, Anwar Ibrahim tidak cedera serius

Astro Awani
September 22, 2017 18:13 MYT
Konvoi kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya, tengah hari tadi. -Gambar fail
Konvoi kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya, tengah hari tadi.
Menurut Peguam Anwar, R. Sivarasa, kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh.
Kenderaan yang membawa Anwar dikatakan cuba mengelak kereta dari arah bertentangan berhampiran Saujana Utama, Sungai Buloh dan mengalami kerosakan di bahagian belakang.
Anwar yang sebelum ini dimasukkan ke wad HKL selama empat hari dilapor tidak mengalami kecederaan serius.
Beliau hanya terkejut dan diberi ubat tahan sakit sebaik tiba di Penjara Sungai Buloh.
#Anwar Ibrahim #Hospital #kemalangan #Pakatan Harapan #penjara #Penjara Sungai Buloh #R Sivarasa
;