Kontroversi alat perangsang seks wanita di CES 2019

Ibrahim Sani
Januari 11, 2019 11:00 MYT
Os memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita berkenaan.
Setiap tahun, Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) Amerika Syarikat menganugerah Trofi Teknologi Paling Berinovasi kepada mana-mana syarikat yang berjaya menghasilkan produk berinovasi tinggi.
Tahun ini, antara pemenang anugerah inovasi teknologi ini adalah Osé (sebelum ini dikenali sebagai Vela), keluaran syarikat Lora DiCarlo.
Osé merupakan alat perangsang seks wanita yang membolehkan pengguna mencapai klimaks bercampur di beberapa alat kelamin wanita.
Osé mampu berfungsi sedemikian kerana ia menggunakan robot mikro yang bergerak sama seperti mulut, lidah dan jari manusia.
Osé memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita berkenaan.
CTA walaubagaimana pun telah menarik balik penganugerahan ini kerana mereka mendakwa ia tidak mencerminkan prinsip organisasi mereka.
“Vela (atau Ose) sepatutnya tidak boleh diterima permohonannya untuk mendapat anugerah produk inovasi. Ini kerana produk ini tidak masuk dalam mana-mana kategori yang ditetapkan,” kata CTA melalui satu kenyataan hari ini.
CTA juga tidak membenarkan syarikat Lora DiCarlo untuk mempamerkan produk mereka di CES.
Syarikat Lora DiCarlo mengkritik tindakan CES dan menuduh persatuan itu mengamalkan sistem hipokrit.
“CES sebelum ini telah membenarkan produk onani seperti B.Sensory dan OhMiBod. Produk-produk ini telah memenangi Anugerah Kesihatan Digital 2016, tetapi kali ini tidak membenarkan produk kami dari dipamerkan. Ini adalah sikap paling hipokrit yang pernah kami saksikan,” kata Lora Haddock, CEO syarikat Lora DiCarlo, melalui sepucuk surat terbuka yang ditulis beliau.
Haddock menggariskan isu kesaksamaan wanita dalam dunia teknologi.
“CES sebelum ini membenarkan syarikat lain mempamerkan produk pornografi Realiti Maya (VR) dan juga robot seks untuk lelaki pada tahun lepas. Mengapa pula jika kesihatan digital bertumpukan kepada wanita, produk kami tidak pula dibenarkan?” persoal Haddock lagi.
CTA menyatakan bahawa semua keputusan berkenaan dengan proses penganugerahan inovasi oleh persatuan itu adalah muktamad.
Namun demikian, persoalan tentang kesaksamaan produk digital kesihatan lelaki dan wanita di dunia teknologi akan terus diperdebatkan walaupun CES 2019 telah melabuh tirainya.
#2016 #Amerika Syarikat #CEO #ces #ces 2019 #cta #kesihatan #lelaki #lora dicarlo #lora haddock #onani #seks #teknologi konsumer #vela #wanita
;