Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium
Astro Awani
Disember 15, 2013 07:33 MYT
Disember 15, 2013 07:33 MYT
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan konsortium bagi mengatasi masalah mendapatkan bekalan bahan binaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof(gambar) berkata, gabungan kumpulan kecil itu sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat dan memelihara kepentingan mereka.
Beliau berharap satu jawatankuasa khusus diwujudkan bagi meningkatkan jumlah pembekal bahan binaan bumiputera.
"Saya melihat salah satu jalan keluar iaitu dapat fikirkan bagaimaana kontraktor kecil bergabung dan tubuhkan konsortium dengan pelbagai kemahiran. Kita kena spesifikkan peranan setiap kontraktor, bukan lagi kontraktor yang umum, mesti lahirkan pakar tertentu gabungkan dan fikir dapat bersaing,” katanya.
Beliau kemudian menafikan kerajaan mengabaikan nasib kontraktor kelas F yang kurang berjaya, sebaliknya mereka sentiasa mendapat perhatian dan diberi bantuan.
Fadillah juga mengingatkan kontraktor bumiputera agar membuktikan kemampuan masing-masing dan sentiasa memastikan projek yang dilaksanakan siap mengikut jadual yang ditetapkan.