Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu

Bernama
Julai 18, 2024 17:25 MYT
Lelaki itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada 7.30 malam tadi ketika diambil keterangan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan nilai hampir RM20,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri susulan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
Menurut sumber, suspek berumur 37 tahun itu didakwa mengemukakan invois barangan hidupan akuatik berjumlah hampir RM20,000 yang telah dimasukkan ke akaunnya, namun barangan yang sepatutnya dihantar tidak dibekalkan kepada sebuah institut penyelidikan perikanan.
Dia direman bermula hari ini hingga 22 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Lelaki itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada 7.30 malam tadi ketika diambil keterangan.
-- BERNAMA
#tuntutan palsu #Kontraktor #SPRM #pulau pinang
;