Kontrak Datuk Bandar KL, Presiden PPj tamat hari ini - Annuar

Fauzi Suhaimi
September 30, 2020 12:34 MYT
ANNUAR: Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang dan pelantikan baharu atau pembaharuan kontrak (jika ada) perlu melalui prosedur tertentu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyegerakan pelantikan baharu atau memperbaharui kontrak bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang tamat bermula hari ini.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan memperbaharui kontrak bagi kedua-dua jawatan itu bagaimanapun akan dibuat mengikut keperluan melalui prosedur tertentu.
“Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya masing-masing tamat tempoh lantikan mereka (kontrak) hari ini.
“Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang dan pelantikan baharu atau pembaharuan kontrak (jika ada) perlu melalui prosedur tertentu.
"Ia akan disegerakan,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter pada Rabu.

Datuk Bandar KL Dan Presiden Perbadanan PUTERAJAYA,masing masing tamat tempoh lantikan mereka(kontrak) hari ini.Mereka telah berkhidmat dgn CEMERLANG.Perlantikan baru atau pembaharuan kontrak(jika ada)perlu melalui prosedur yg tertentu.Ia akan di segerakan,insyaallah.

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur manakala Datuk Dr Aminuddin Hassim dilantik sebagai Presiden PPj masing-masing pada 1 Oktober 2018.
#Kementerian Wilayah Persekutuan #KWP #Datuk Bandar Kuala Lumpur #Presiden Perbadanan Putrajaya #PPj #Annuar Musa #Nor Hisham Ahmad Dahlan #Aminuddin Hassim
;