Kontena bawa gula pasir musnah terbakar di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Julai 7, 2020 22:31 MYT
Menurut bomba, kebakaran menyebabkan 75 peratus lori kontena itu musnah, termasuk muatan gula pasir yang dibawa. - Foto ihsan JBPM
Sebuah lori kontena yang sarat membawa muatan gula pasir musnah terbakar di Kilometer 243 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.15 petang.
Katanya, kebakaran menyebabkan 75 peratus lori kontena itu musnah, termasuk muatan gula pasir yang dibawa.
“Anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu bermula dengan air tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Bagaimanapun kebakaran tidak menyebabkan sebarang kecederaan mangsa.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub tamat pada jam 8.05 malam.
#gula pasir #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM Perak #Lebuhraya Utara Selatan #lori kontena #PLUS #terbakar
;