Kongsikan hasil siasatan terhadap pembunuhan spesis terancam - MNS
Shafizan Johari
Disember 26, 2017 15:52 MYT
Disember 26, 2017 15:52 MYT
Persatuan Pencinta Alam Malaysia mahu siasatan mengenai kematian haiwan terancam dikongsikan, jelas presidennya Henry Goh.
Beliau juga mendesak pihak berkuasa untuk mempertingkatkan usaha pemantauan dan siasatan bagi menghentikan aktiviti haram ke atas spesis berkenaan
Henry berkata demikian sebagai reaksi kepada beberapa kes kematian haiwan terancam baru-baru ini yang melibatkan kes kemalangan jalan raya dan pembunuhan melibatkan haiwan terancam seperti tapir dan beruang matahari.
"Berapa banyak lagi haiwan terancam harus terbunuh sebelum perkara ini dapat diselesaikan?" soal Henry.
Katanya, selain kemalangan yang mengakibatkan kematian haiwan terancam, binatang tersebut turut diancam pihak yang tidak bertangungjawab yang menjual bahagian badan binatang terbabit.
"Usaha sama yang tersusun antara agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, Jabatan Perhutanan, Polis dan Pejabat Peguam Negara diperlukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu ini," katanya.
#alam sekitar
#ancaman
#beruang
#beruang matahari
#binatang
#gajah
#gajah pygmy
#haram
#hutan
#kemalangan
#kerajaan
#kereta
#mati
#maut
#MNS
#polis
#siasatan
#spisies terancam
#Tapir
#terancam