Kongsi gelap, bapa ayam ada bajet lebih RM1 juta untuk rasuah penguatkuasa - SPRM

Suhaimi Sulaiman
Mei 4, 2017 10:41 MYT
Kumpulan kongsi gelap, sindiket perjudian dan pelacuran mempunyai bajet didapati mempunyai bajet untuk merasuah pihak berkuasa. - Gambar hiasan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan kumpulan kongsi gelap, sindiket perjudian dan pelacuran mempunyai bajet sebanyak lebih RM1 juta untuk merasuah anggota penguatkuasa.
Menurut Dzulkifli, SPRM juga sedang menyiasat agensi-agensi penguatkuasa yang korup dan menerima suapan daripada kumpulan tersebut.
Tambahnya, kongsi-kongsi gelap, sindiket perjudian dan pelacuran ada bajet yang besar melibatkan jumlah jutaan ringgit merasuah penguatkuasa di sebuah negeri di Malaysia.
“SPRM akan mendedahkan butiran mengenai kes tersebut dalam tempoh terdekat,” kata Dzulkifli di hadapan ketua-ketua pengarang organisasi media tempatan dalam Kaukus Media Anti Rasuah di pejabatnya, di sini, pagi tadi.
#kongsi gelap #pelacuran #penguat kuasa #Rasuah #sindiket #SPRM