KUALA LUMPUR: "Syukur dia masih hidup," luah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebaik mendapat tahu seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang ditemuinya pada tahun 2014 masih hidup.
Angkasawan negara itu turut memuat naik gambar terbaharu pemuda yang dikenali sebagai Ashaq menerusi Instagram beliau.
"Nama anak muda ini ialah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah, dia masih hidup. Masya-ALLAH.
"Semoga ALLAH melindungi semua rakyat Palestin dalam masa-masa sukar ini. Amin Ya Rabb," ungkapnya ringkas.
Ketika ini, bumi Palestin terus bergolak dan terus dihujani peluru, bom sehingga mengorbankan hampir 200 rakyat Palestin, manakala lebih 1,000 orang cedera dalam serangan udara Israel yang dilancarkan sejak minggu lalu.
Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan Ashaq ketika beliau dan rombongan ke Palestin.
"Masa Siti dan rombongan ke sana pun Ashaq sama-sama bantu kami. Alhamdulillah, semoga ALLAH SWT melindunginya," ujarnya.
Begitu juga dengan warganet bernama @ruziani berkata, dia pernah bertemu dengan Ashaq di sana, malah menemaninya ke Masjid Al-Aqsa.
"Semoga dia menjadi pembebas Palestin dan mujahidin di sana. Teringat pada dia, suka teman saya pergi ke masjid. Semalam baru tengok gambar di Palestin. Tertanya-tanya apa khabar dia. Alhamdulillah," katanya.
Tambah @ruziani, pemuda berkenaan tinggal berhampiran Masjid al-Aqsa dan gemar menemani sesiapa sahaja yang mahu berkunjung ke masjid tersebut.
Katanya, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia mengenali Ashaq, seorang pemuda yang baik hati dan suka membantu.
Rata-rata warganet terus mendoakan Ashaq dan saudara-saudara di bumi Palestin supaya dilindungi ALLAH SWT.
Artikel asal di Sinar Harian: Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar
Sinar Harian
Mon May 17 2021
![Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621240589_SheikhMuszaphar.jpg)
Dr Sheikh Muszaphar bertemu Ashaq pada tahun 2014 dan gembira pemuda itu masih dilindungi ALLAH sehingga kini. Gambar kanan: Gambar terbaru Ashaq pada tahun 2021. - Foto IG Dr Sheikh Muszaphar
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656909224_AzrilMohdAmin.jpg)
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin.
![Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737017339_GazaPalestineHam.jpg)
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
![Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720272557_MAPIMSaniAraby.jpg)
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738446072_TBBadrAbdelatty.jpg)
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738318010_TBMAJLISBELIA.jpg)
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.