DENGKIL: Komuniti MADANI yang dilantik berperanan sebagai mata dan telinga kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyalurkan maklumat berkaitan permasalahan rangkaian Internet di kawasan masing-masing, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Menyifatkan Komuniti MADANI sebagai jentera barisan hadapan kerajaan dalam menyalurkan maklumat serta input keperluan pembangunan, Fahmi berkata peranan seumpama itu dapat membantu KKD dalam memastikan rakyat menikmati rangkaian Internet dan telekomunikasi pada tahap yang memuaskan.
"Kalau liputan Internet tidak stabil atau ada masalah, tolong maklumkan kepada penyelaras Japen (Jabatan Penerangan)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti DUN Dengkil di Balai Raya Taman Desa Jenderam Hilir, di sini hari ini.
Komuniti MADANI merupakan badan sukarela yang ditadbir urus oleh Japen dengan berlandaskan tiga teras utama iaitu membantu penyaluran maklumat kepada kerajaan; mendigitalkan komuniti serta memupuk semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan melantik 1,878 Komuniti MADANI secara berfasa di seluruh negara. Sebanyak 168 Komuniti MADANI telah dan sedang dilantik di Selangor melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Fahmi mahu Komuniti MADANI bekerjasama dengan Japen dalam merangka program Bulan Kebangsaan yang bukan sahaja berunsur patriotik malah mampu menyemai semangat merdeka dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.
"Harapan saya, program Bulan Kebangsaan ini akan bawa semangat patriotik bukan dalam bentuk luaran tapi disemat dalam jiwa," katanya.
Ketika berucap merasmikan program tersebut, Fahmi mahu rakyat negara ini menjiwai perjuangan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai budaya serta menganut pelbagai agama.
Menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai Bapa Perpaduan dan tegas, beliau berkata Dr Ismail merupakan seorang pemimpin yang tidak akan bertolak ansur dalam isu perkaitan hubungan antara kaum, bangsa dan agama di negara ini.
Dalam seruannya untuk rakyat negara ini meneruskan perjuangan Dr Ismail dengan mengamalkan sikap toleransi dan mengekalkan perpaduan sedia ada, Fahmi berkata : "Kalau bukan kita yang pertahankan perpaduan, maka siapa lagi."
Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dari 1971 hingga 1973, merupakan antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berhadapan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) bersama warga komuniti pada Program Merdeka@Komuniti DUN Dengkil dan Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor Tahun 2023 di Jenderam hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.