Komuniti ASEAN digesa terima kesederhanaan - Paul Low

Bernama
April 25, 2015 08:38 MYT
PAUL LOW: Komuniti ASEAN digesa terima kesederhanaan. -Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low menggesa komuniti ASEAN supaya menerima kesederhanaan dan menjadikannya sebagai nilai teras mereka.
Bercakap kepada 1,400 peserta Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN (ACSC) atau Forum Rakyat ASEAN (APF) di sini hari ini, Low menggesa 'suara sederhana' bangkit untuk mengatasi suara pelampau.
"Ini disebabkan suara kesederhanaan merupakan suara yang boleh menyatukan, sedangkan suara melampau akan memecah-belahkan.
"Saya rasa kita sudah hilang perasaan belas kasihan, empati dan semangat kemasyarakatan. Dalam mempertahankan nilai kepercayaan yang disemai oleh ibu bapa atau doktrain keagamaan, kita lupa mengenai perlunya mengambil kira pandangan orang lain," katanya.
Persidangan sempena ulang tahun ke-10 perhimpunan serantau itu dianjurkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada 26 dan 27 April.
Low, bekas presiden pertubuhan bukan kerajaan, Transparency Malaysia, itu berkata pelampau, bukan sahaja hidup dalam kepompong dalam perspektif mereka sendiri, malah juga membentuk dan memupuk rasa bimbang dan rasa tidak yakin.
"Hakikatnya merka tidak mempunyai keyakinan ke atas kepercayaan dan identiti.
"Satu cara yang dapat meningkatkan keselamatan mereka adalah dengan mengawal orang lain, dan ini tidak sihat, berpandangan sempit dan biadap," katanya.
Dalam ucaptamanya Low turut menyentuh mengenai isu hak asasi manusia dengan berkata bahawa kemakmuran ASEAN mesti dibangunkan atas rasa hormat ke atas hak asasi mansia.
Low bagaimanapun berkata pelaksanaan hak asasi manusia mesti berkonsepkan masyarakat yang mahu melaksanakannya.
Low berkata ada kepercayaan yang sudah sebati dengan masyarakat dan sebarangan perubahan akan mengambil masa yang lama.
"Apa yang dianggap sebagai hak asasi manusia dalam dunia moden mungkin tidak bersesuaian dengan masyarakat tertentu," katanya.
Low juga berharap kerajaan-kerajaan ASEAN merealisasikan dasar 'Memakmurkan Jiran' bagi membantu membendung pekerja migran.
"Bolehkah kita membantu negara anggota ASEAN lain yang miskin untuk membangunkan zon-zon ekonomi, selain infrastruktur, yang dapat meneydiakan pekerjaan kepada rakyat.
"Kerajaan-keraajaan wajar menggalakkan syarikat mereka melabur di sana bagi membantu membasmi kemiskinan," katanya.
Low turut menyentuh kekayaan kepelbagaian negara Asia Tengagra yang bermakna idea yang kaya wajar ditekankan untuk menfaat rantau ini.
"Kita juga perlu meraikan perbezaan kita selain persamaan, dan kemanusiaan," katanya.
#acsc #apf #ASEAN #Paul Low #Pelampau #suara sederhana
;