Komplikasi COVID-19 lebih teruk kepada perokok aktif, perokok pasif
Harits Asyraf Hasnan
Jun 4, 2020 19:43 MYT
Jun 4, 2020 19:43 MYT
Komplikasi jangkitan COVID-19 kepada perokok jauh lebih teruk berbanding individu yang tidak merokok.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, virus yang menyerang saluran pernafasan dan paru-paru itu turut memberi komplikasi teruk kepada kumpulan perokok pasif termasuk kanak-kanak.
“Kalau mereka yang dapat jangkitan COVID-19 adalah perokok, jadi komplikasi mereka lebih tinggi.
“Jadi paru-paru mereka (perokok) terkesan kerana ia merosakkan fungsi.
“Apabila dijangkiti COVID-19, implikasi jangkitan itu lebih teruk.
“Malah, kanak-kanak yang terdedah atau perokok pasif…contohnya ada ahli keluarga yang merokok dan juga ada implikasi kalau mereka dijangkiti,” ujarnya pada sidang media harian di sini pada Khamis.