[KOLUMNIS] Rapatkan saf

Nik Azmi
Ogos 19, 2021 12:25 MYT
Marilah kita semua merapatkan saf dan berganding bahu bagi bukan sahaja menyelamatkan Malaysia tetapi juga mengembalikan kedaulatan, keagungan dan kehebatan Malaysia. - Gambar hiasan
JUMLAH majoriti yang amat tipis bezanya di antara gabungan yang memerintah dan gabungan pembangkang yang boleh bertukar dari satu hari ke satu hari yang lain, menyebabkan ketidakstabilan politik dan pelbagai masalah sampingan lagi di Malaysia hari ini.
Kepandaian Agong dan Raja Raja, dengan izin Allah SWT, didoakan akan dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah yang dihadapi sekarang, Insya-Allah.
Jika dahulu, gerakan orang Melayu yang menentang dan menolak konsep "Malayan Union" demi menyelamatkan keagungan dan kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu, diterima oleh Raja-Raja Melayu walaupun Raja Raja Melayu sudah menerima konsep Malayan Union ketika itu, kini didoa dan amat diharap agar seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, akan bersatu menerima teguran, nasihat dan cadangan Agong dan Raja Raja, dengan kebijaksanaan dan keikhlasan Baginda semua tanpa adanya kepentingan peribadi atau apa apa agenda lain Baginda semua, untuk menyelamatkan Malaysia.
Didoa dan diharap dengan penyatuan dari atas hingga ke akar umbi, di bawah payung naungan Agong dan Raja-Raja, InsyaAllah, segala Krisis Politik, Krisis Perlembagaan, Krisis Kesihatan, Krisis Pendidikan, Krisis Perpecahan dan lain-lain masalah lagi yang melanda Malaysia akan dapat diatasi. Aamiin.
Dengan berkat hari Asyura hari ini, Khamis 10 Muharram 1443 bersamaan 19 Ogos 2021, marilah kita semua bersama mula semula merapatkan saf dan berganding bahu bagi bukan sahaja untuk menyelamatkan Malaysia tetapi untuk mengembalikan kedaulatan, keagungan dan kehebatan Malaysia.
Secara gurauan untuk mengenang hari bersejarah ini di masa hadapan, maka mulai hari ini, kedudukan Agong bersama Raja Raja dan Rakyat balik kembali kepada "0-0".
DAULAT TUANKU

*Nik Azmi ialah seorang aktivis masyarakat
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#Parlimen #ketidakstabilan politik #krisis #politik #kesihatan #Perlembagaan #Kolumnis AWANI #rapatkan saf
;