[KOLUMNIS] Manifesto praktikal dan relevan kesinambungan Dasar Pemulihan Negara
Prof Madya Dr Sara Chinnasamy
November 10, 2022 17:38 MYT
November 10, 2022 17:38 MYT
APABILA dibuat perbandingan dan analisis manifesto kesemua parti politik, manifesto Parti Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berteraskan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran disifatkan sesuatu yang mampu dilakukan; sesuai dengan kapasiti dan kemampuan negara daripada janji-janji manifesto yang tidak berunsur praktikal dan realistik.
Rakyat harus membuat perbandingan yang terbaik di dalam menilai manifesto kesemua parti politik sama ada ia benar-benar praktikal untuk dilaksanakan atau hanya menjanjikan bulan bintang, ‘janji kosong’ untuk meraih undi pengundi-pengundi dan soal tahap penyempurnaan janji manifesto.
Apabila dianalisis denga teliti, manisfesto Perikatan Nasional dilihat adil dan saksama dari segi penyambungan dasar-dasar yang dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin memegang jawatan itu.
Saya percaya bahawa bukan hanya pegalaman beliau sebagai ahli politik diambil kira malahan faktor dan pengalaman beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 18 bulan ketika krisis kesihatan COVID-19 pandemik, krisis ekonomi dan krisis politik yang sedang berlaku pada waktu itu berserta dengan pengalaman beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara banyak telah membantu untuk beliau untuk mengeluarkan tawaran manifesto seumpama itu apabila digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting.
Satu kelebihan besar yang dicengkam oleh Perikatan Nasional berbanding manifesto parti-parti lain ialah rata-rata janji manifestonya adalah satu fakta hasil kesinambungan yang dibuat selama ini sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada waktu krisis pandemik COVID-19, pada waktu krisis politik dan krisis ekonomi.
Walaupun dilihat Perikatan Nasional ini sebuah parti yang baharu, namun, pengalaman yang menguji mereka mentadbir negara mampu meraih sokongan kuat daripada pengundi-pengundi.
Kemampuan Perikatan Nasional di dalam Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah satu fakta yang tidak boleh dielak dan harus diterima umum.
prof
Ini kerana, hari ini kita bersiap sedia berhadapan dengan PRU15 dengan kesihatan yang baik adalah hasil program immuninasi yang mencapai 100 peratus dengan menjadikan Malaysi negara pertama di Asia Timur yang mendapat bekalan vaksin pertama berbanding Australia.
Di aspek seterusnya, hampir kesemua manifesto parti politik menekankan faktor bread and butter isu iaitu kos sara hidup yang mana rata-rata kesemua parti membuat tawaran masing-masing untuk menangani isu bread and butter ini.
Kita lihat pelbagai pakej menarik ditawarkan, tetapi persoalan utama di sini ialah adakah tawaran-tawaran dibuat itu secara surface iaitu penilaian secara atasan untuk menangani isu berkenaan secara sekali one-off atau adakah ia relevan atau tele dengan jurang pemulihan ekonomi yang harus dicapai oleh setiap kementerian sebelum ini berdasarkan isu kos sara hidup rakyat?
Contohnya, kita lihat 95 keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara untuk kerajaan bertindak sebelum ini.
Sejak penubuhan majlis itu pada 21 Julai 2021 hingga mesyuarat terakhir 29 Ogos lalu, sebanyak 95 keputusan dikemukakan kepada kerajaan.
Daripada jumlah itu, 69 berkaitan isu ekonomi dan sosial yang mana diseru untuk mempercepatkan kadar pemulihan ekonomi negara.
Persoalannya, adakah manifesto-manifesto parti lain tawarannya sejajar dengan status dan perkembangan semasa di dalam menangani krisis ekonomi?
Apa pun manifesto Perikatan Nasional dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ia mampu direalisasikan berikutan track rekod status perkembangan setiap sektor yang diperhatikan dan dinilai selama ini menerusi Majlis Pemulihan Negara.
Maka, manifesto Perikatan Nasional adalah lebih jelas dan relevan mengikuti trek berkenaan yang mana menjadi keperluan utama rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan.
Manifestonya jelas trampilkan resolusi kepada kenaikan harga barang ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi.
Jika bekalan tak mencukupi atau kos import meningkat, harga akan naik.
Resolusi manifesto jelas dilihat untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius terutama sekali dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh menjunam berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat.
Ini tidak terkecuali isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan juga mesti diselesaikan segera.
Kejayaan Majlis Pekerjaan Negara yang tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021 diakhiri dengan 558,000 peluang pekerjaan adalah fakta yang harus diterima.
Soal ketiga adalah isu integriti dan ketelusan.
Soal integriti dan ketelusan ini tidak banyak disentuh oleh mana-mana pihak di atas soal tuntutan akuantabiliti, ketelusan dan a good governance.
Perikatan Nasional mempunyai trek rekod kejayaaan di dalam menghapuskan elemen rasuah di mana beberapa kes mahkamah berjaya dilaksanakan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Sehubungan itu, lanjutan manifesto mewujudkan Pelan Anti-Rasuah Nasional, Mahkamah Anti-Rasuah, larangan sumbangan dana politik luar negara menjadikan tadbir urus kukuh menjadikan manifesto Perikatan Nasional untuk menangani rasuah dan soal integriti adalah satu perkara yang harus disambut bersama.
* Prof Madya Dr Sara Chinnasamy ialah penganalisis politik dan media sosial.
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.