DARI sungai ke segara, Palestin akan merdeka!
Slogan ini, yang pertama kali dihasilkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada 1969, masih kekal digunakan sehingga hari ini.
Malah, slogan ini juga bergema dalam setiap demonstrasi yang dilakukan di seluruh dunia bagi menekan Israel menghentikan penindasan rejim itu terhadap rakyat Gaza.
Lebih 70 tahun tanah Palestin dijajah dengan rakusnya oleh rejim Zionis dan 7 Oktober 2023, antara tarikh yang masih segar dalam ingatan masyarakat dunia termasuk di Malaysia tentang betapa kejamnya Israel melakukan genosid.
Rejim zionis tidak menghiraukan desakan antarabangsa termasuk daripada rakyatnya sendiri untuk menamatkan perang.
Sudah hampir sembilan bulan serangan berterusan, tanpa perikemanusiaan sehingga mengorbankan lebih 37,000 nyawa, dengan lebih 86,000 individu cedera setakat ini.
Apakah kita mahu terus menghitung angka tersebut? Apakah kita mampu berdiam? Tidak dan tidak bagi Malaysia!
Kerajaan Malaysia secara konsisten dan lantang menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
Ini termasuk pandangan Malaysia di peringkat organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan, serta penyelesaian konflik berdasarkan prinsip-prinsip keadilan dan keamanan antarabangsa.
Suara dan Keberanian Malaysia
Malaysia terus menyuarakan gesaan supaya Palestin diterima sebagai anggota ke-194 PBB dan gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Media pada 24 Januari lalu melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan hasrat rakyat dan kepemimpinan Malaysia itu disampaikan sendiri oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Gutteres di New York, Amerika Syarikat (AS).
Gesaan Malaysia itu seiring dengan kenyataan Gutteres pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.
Tidak cukup dengan itu, kekejaman zionis Israel turut disuarakan oleh Perdana Menteri di depan Presiden AS Joe Biden pada sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco pada November tahun lalu.
Sudah tentu, bukan satu tindakan 'mudah' untuk Malaysia memberitahu AS yang bersekutu dengan Israel dan merupakan ekonomi terbesar dunia. Namun, itulah keberanian pemimpin Malaysia yang mewakili suara rakyat negara ini.
Solidariti Malaysia bersama masyarakat dunia 'membuka mata' banyak negara yang sebelum ini tidak mengiktiraf Palestin.
Buktinya, pada Mei lalu PBB meluluskan resolusi untuk Majlis Keselamatan PBB mempertimbangkan dan menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Sebanyak 145 daripada 193 negara menzahirkan sokongan rasmi kepada Palestin.
Syarikat Israel 'Haram' di Malaysia
Malaysia pada 20 Disember 2023 pula memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini, berkuat kuasa serta merta.
Pada masa sama, kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelaburan Malaysia dan tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh.
Keputusan itu satu cerminan semangat, keberanian serta isyarat tegas daripada Malaysia dalam menghentikan jenayah kemanusiaan terhadap Palestin.
Ini kerana, langkah itu dilihat mampu memberi impak besar terhadap rantaian ekonomi Israel, terutama dalam bidang maritim dan perkhidmatan logistik mereka.
Selain itu, masyarakat Malaysia turut aktif dalam menyokong Palestin melalui pelbagai bentuk sumbangan kemanusiaan dan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan amal.
Sumbangan ini termasuk kewangan, perubatan dan bantuan lain yang diperlukan untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas.
Sejak konflik tercetus di Palestin, Kerajaan Malaysia sendiri telah menyalurkan RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan.
Pentas Antarabangsa, Platform Kelantangan Malaysia
Setiap kali lawatan rasmi Kerajaan Malaysia ke luar negara sama ada melalui Perdana Menteri atau Kementerian Luar, isu Palestin antara agenda utama semasa perjumpaan bersama pemimpin negara terbabit.
Daripada NAM kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sehinggalah Majlis Keselamatan PBB - kita telah pun melakukan segala-galanya dalam usaha menghentikan kekejaman didalangi Israel terhadap penduduk Palestin.
Pendirian sama dinyatakan Malaysia semalam (Rabu) oleh Menteri Luar bahawa kerajaan akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia.
Ia termasuk menggunakan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-79 yang dijadual pada September ini sebagai pentas utama untuk menyuarakan dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis.
Sudah pasti, ini akan sentiasa diperjuangkan Malaysia sehinggalah tertubuhnya sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967.
Perang di Palestin bukan sekadar konflik mendapatkan hak milik tanah semata-mata, tetapi terjemahan nilai kemanusiaan tanpa mengira agama.
Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia kerana bersatu demi Palestin!
* Hasimi Muhamad merupakan wartawan penyiaran di Astro AWANI dan lulusan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 04 2024
Demonstrasi dilakukan di seluruh dunia termasuk di Malaysia bagi menekan Israel supaya menghentikan penindasan rejim itu terhadap rakyat Gaza. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Malaysia teruskan bantuan dan sumbangan untuk rakyat Palestin
Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini.