Kolum dapat berikan pandangan Alternatif - Marina

Bernama
Disember 3, 2012 08:25 MYT
Menulis kolum di akhbar arus perdana membolehkan pembaca menatap pandangan alternatif, kata kolumnis dan aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir.
Beliau berkata menulis kolum di akhbar memberi peluang kepada pembaca mendapatkan pandangan berlainan dan menggalakkan pertukaran pendapat dan tidak menutup ruang untuk seseorang melahirkan pandangan.
"Daripada kolumnis seperti saya, Azmi Sharom dan Zainah Anwar, sekurang-kurangnya pembaca berpeluang membaca pandangan alternatif.
"Jika kami menarik diri, maka apa yang pembaca dapat hanyalah benda lama yang sama," Marina memberitahu peminat kolumnya di majlis menandatangani bukunya 'Telling It Straight' di Borders Queensbay, George Town Ahad.
Marina berkata dakwaan kononnya beliau bebas menulis apa saja dan mendapat perlindungan kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah tidak benar kerana beliau menulis berdasarkan fakta dan bukan gosip dan khabar angin.
#akhbar #azmi sharom #D. Mahathir #Kolum #marina #zainah anwar
;