Kolej kediaman UMS antara tiga lokaliti dikenakan PKPD di Sabah bermula esok

Umavathi Ramayah
April 4, 2021 19:00 MYT
Tiga kolej kediaman di UMS itu adalah Kolej Kediaman Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.
KUALA LUMPUR: Tiga lokaliti di Sabah termasuk tiga kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kolej kediaman itu adalah Kolej Kediaman Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.
Menurut beliau, dua lagi lokasi yang dikenakan PKPD adalah Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan Kampung Kalindukan, Nabawan.
"Pelaksanaan PKPD di kesemua tiga lokaliti itu dijadualkan berakhir pada 18 April ini," katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.
Berikut adalah perincian lanjut mengenai PKPD di ketiga-tiga lokaliti itu.
Kolej Kediaman di UMS, Kota Kinabalu, Sabah
  • Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 133 ujian saringan dan daripada jumlah itu 19 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
  • KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni di ketiga-tiga kolej kediaman tersebut dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.
  • Pelaksanaan PKPD itu adalah untuk memastikan pergerakan penghuni dapat dikawal bagi mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar kolej kediaman.
  • Kampung Pagalungan Ansip, Keningau, Sabah
  • Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.
  • PKPD di Kampung Kalindukan, Nabawan, Sabah
  • Pelaksanaan PKPD ini memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.
  • #ismail sabri yaakob #Kota Kinabalu #Keningau #kes positif #perintah kawalan pergerakan #ujian saringan #PKPD #Kementerian Kesihatan #UMS #COVID-19 #program vaksinasi
    ;