'Kolam renang hotel tidak sesuai'

Astro Awani
November 23, 2018 12:17 MYT
SAM CHEAH: Kolam renang di hotel tidak mempunyai dimensi dan ukuran yang sesuai untuk tujuan demikian. -Gambar fail
Kolam renang di hotel tidak sesuai digunakan untuk kelas latihan renang.
Menurut presiden Persatuan Hotel Malaysia, Sam Cheah, kolam renang di hotel tidak mempunyai dimensi dan ukuran yang sesuai untuk tujuan demikian.
Cheah berkata walaupun industri perhotelan menyambut baik niat kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan keselamatan air, isu keselamatan akan berbangkit sekiranya kolam hotel digunakan untuk mengajar murid berenang.
Pada Rabu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mencadangkan agar hotel di seluruh negara menawarkan kolam renang mereka kepada sekolah untuk digunakan bagi latihan renang.
BACA: Hotel disaran tawar kolam renang untuk aktiviti renang pelajar
BACA: Maszlee jelaskan salah faham cadangan hotel buka kolam renang untuk pelajar
Cheah bagaimanapun berkata industri perhotelan kekal terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka berkenaan keselamatan di dalam air.
#hotel #industri perhotelan #kelas latihan renang #kolam hotel #Kolam renang #Maszlee Malik #Persatuan Hotel Malaysia #Sam Cheah
;