Koc wanita diceroboh ... lelaki di Malaysia buta huruf ke?
Kohilah Sekaran
September 21, 2018 12:57 MYT
September 21, 2018 12:57 MYT
KE MANA perginya kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia? Mengapa kaum lelaki tidak segan silu untuk menggunakan koc tren yang dikhaskan untuk golongan wanita?
Walaupun ini bukan kali pertama isu ini dibincangkan, namun masih ada lagi pihak yang menggunakan koc wanita untuk keperluan dirinya.
Bukannya apa, tujuan utama koc khas untuk wanita diperkenalkan adalah untuk memberi keselesaan dan keselamatan untuk golongan hawa.
Namun, kaum wanita dilihat tidak dapat menikmati kebebasan itu sepenuhnya angkara kaum lelaki yang 'buta huruf'.
Kebanyakan koc khas ini diceroboh golongan lelaki, terutamanya warga asing yang turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.
Masalah pencerobohan harus dihentikan supaya golongan wanita dapat menikmati perjalanan lebih selesa dengan jaminan keselamatan lebih baik.
Mengapakah masalah ini tidak dapat diselesaikan?
Adakah kerana pihak berkuasa tidak memantau?
Atau adakah perkara itu berlaku kerana sikap individualistik rakyat Malaysia?
C'mon-lah, brothers ...
Apa pendapat anda? Berikan komen anda di bawah.