Kluster Telaga rekod pertambahan satu kes - KP Kesihatan

Umavathi Ramayah
September 4, 2020 18:04 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Telaga di Kedah merekodkan pertambahan satu kes pada Jumaat. - Gambar fail
Kluster Telaga di Kedah merekodkan pertambahan satu kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif bagi kluster Telaga itu menjangkau lapan kes.
"Sehingga hari ini (4 September 2020), seramai 2,743 individu sudah disaring dalam kluster ini iaitu 2,737 disaring di Kedah manakala enam lagi individu disaring di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan.
BACA: COVID-19: Kluster baharu dikenal pasti, dua pegawai imigresen antara dijangkiti
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Jadikanlah nasihat-nasihat itu sebagai norma baharu dalam kehidupan," katanya.
#coronavirus #COVID-19 #kes aktif #KKM #Kluster baharu #Kluster Telaga #ujian saringan
;