Kluster Tawar, Sala catat kes baharu: Ini 5 tumpuan kenyataan media COVID-19 hari ini

Astro Awani
Ogos 19, 2020 17:11 MYT
Ini lima perkara tumpuan dalam kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
KLUSTER Tawar dan Kluster Sala catat kes baharu COVID-19 hari ini.
Berikut adalah lima perkara yang menjadi tumpuan dalam kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah:
1) 16 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,235 kes.
2) 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan semua bukan warganegara. 12 kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.
3) 8 kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan Kluster Tawar di negeri Kedah (4 kes) dan Pulau Pinang (4 kes). 3 kes baharu lagi melibatkan Kluster Sala di negeri Kedah. Selain itu, 1 kes saringan sign-on kapal dilaporkan di Johor.
4) 23 kes pulih COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,925 kes.
5) Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 125 kes.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #Kedah #kes positif #kesihatan #koronavirus #Malaysia #Media #Noor Hisham Abdullah #unit rawatan rapi
;