Kluster Sivagangga, Kurau: Tiada kes baharu, ini perincian saringan

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 11, 2020 18:02 MYT
Dr Noor Hisham menegaskan, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster tersebut. - Foto Astro AWANI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes baharu melibatkan Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun menegaskan, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster tersebut.
Menurut beliau, sejumlah 5,645 orang telah disaring dalam Kluster Sivagangga yang kini menjangkiti 45 individu.
Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
1. Kedah (4,154 disaring):
2. Perlis (1,223 disaring):
3. Pulau Pinang (268 disaring):
Mengulas berkenaan Kluster Kurau, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 180 orang telah disaring dari negeri Perak dan Pulau Pinang.
"Kluster ini juga tidak melaporkan kes baharu, justeru kes positif COVID-19 kekal lima kes," katanya.
Daripada jumlah selebihnya:
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kes COVID-19 #kes positif #Kluster baharu #koronavirus #Kurau #Sivagangga
;