Kluster Bunga? Ini yang anda perlu tahu mengenai kenyataan KP Kesihatan
Firdaus Azil
Ogos 31, 2020 17:23 MYT
Ogos 31, 2020 17:23 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini sebanyak 127 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan turut memaklumkan KKM telah mengesan satu lagi kluster baharu, dinamakan Kluster Bunga di Pelabuhan Port Dickson.
Bagaimanapun beliau menegaskan, kluster itu hanya melibatkan kru atas kapal, dan tidak membawa risiko penularan kepada komuniti tempatan.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM berkaitan COVID-19 pada 31 Ogos 2020.
1. Terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Terdapat enam kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,340 kes
3. Daripada keseluruhan enam kes dilaporkan pada hari ini, empat kes adalah kes import manakala dan dua kes adalah penularan tempatan
4. Satu kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Bunga di Pelabuhan Port Dickson melibatkan kru atas kapal dan tidak menimbulkan risiko penularan kepada komuniti tempatan.
5. Enam kes pulih COVID-19 direkodkan pada hari ini, selain enam pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#lima perkara penting
#Malaysia
#Media
#unit rawatan rapi