Kluster Bangau-Bangau dikesan, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham

Astro Awani
September 22, 2020 17:55 MYT
Kes baharu COVID-19 meningkat kepada 82 kes daripada 57 kes pada Isnin dengan 72 tempatan dan 10 import. - Astro AWANI
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Semporna, Sabah iaitu Kluster Bangau-Bangau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 168 kes pulih COVID-19 hari ini dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,563 kes
Katanya, tiada kematian baharu dilaporkan.
Ini lima perkara penting daripada Dr Noor Hisham;
1) KKM kesan satu kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Bangau-Bangau dengan empat warga negara dan seorang bukan warga negara dijangkiti.
2) Kes baharu COVID-19 meningkat kepada 82 kes daripada 57 kes pada Isnin dengan 72 kes tempatan dan 10 import.
3) Daripada 72 kes penularan di dalam negara, 60 kes adalah warganegara dan 12 kes adalah bukan warganegara.
4) Terdapat 41 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD, Kluster Pulau (enam), Kluster Selamat (enam) dan Kluster Sungai (sembilan).
5) Tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal sebanyak 130 kes.

Kenyataan Akhbar KPK 22 September 2020 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/xZ2arAVNnI

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terkini #COVID19Malaysia 22 Sept 2020 Kes sembuh= 168 Jumlah kes sembuh= 9,563 Kes positif= 82 (kes import=10, kes tempatan=72) Jumlah positif= 10,358 Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 130 Kes dirawat di ICU= 9 Bantuan Alat Pernafasan= 2 pic.twitter.com/Lq4Zr7ltOO

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kematian #KKM #kluster #Noor Hisham Abdullah #Semporna
;