Kluster Bakau dikesan, ini tumpuan kenyataan KKM yang perlu anda tahu

Harits Asyraf Hasnan
September 19, 2020 17:54 MYT
Kedah kini berdepan dengan kluster baharu iaitu Kluster Sungai dan Telaga. - Foto BERNAMA
Selain pertambahan satu lagi kluster di Sabah iaitu Kluster Bakau, terdapat juga pertambahan lapan kes baharu melibatkan Kluster Sungai di Kedah.
Berikut antara perkara penting dalam kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
1. COVID-19: 20 kes baharu; 17 kes jangkitan tempatan, 3 kes import.
2. Satu kematian libatkan rakyat Malaysia berumur 82 tahun, kini 130 kes kematian.
3. 51 kes dibenarkan discaj, jadikan 9,315 kes discaj.
4. Satu lagi kluster baharu dikesan di Sabah iaitu Kluster Bakau.
5. Kluster Sungai catat 8 kes baharu.
Sumber Facebook DGHisham
Sumber Facebook DGHisham
#COVID19 #Kedah #KKM #Kluster Bakau #Kluster Sungai #Kluster Telaga #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #Sabah
;