Kluster baharu dikesan di Sabah, ini lima tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Astro Awani
September 21, 2020 09:00 MYT
Dr Noor Hisham berkata, kes jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 57 kes pada Isnin berbanding 52 kes pada Ahad. Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Tongod, Sandakan iaitu Kluster Kuarters.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, juga berkata Sabah mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).
Sementara itu katanya, tiada kematian baharu dilaporkan.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Isnin, 21 September 2020:
1 - KKM kesan satu kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Kuarters.
2 - Kes jangkitan COVID-19 di negara ini menyaksikan peningkatan kepada 57 kes pada Isnin berbanding 52 kes pada Ahad.
3 - Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala enam lagi adalah kes import membabitkan satu rakyat tempatan dan lima bukan warganegara..
4 - Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 751 kes.
5 - Tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal sebanyak 130 kes.

Terkini: 21 Sept. Kes baharu hari ini meningkat sedikit dgn 57kes - 51 tempatan dan 6 import. Sabah kes tertinggi, 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12). Ada kluster baharu di Sabah - Kluster Kuarters di Tongod. Tiada kematian baharu dilaporkan.

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terkini COVID-19 ; 21 Sept 2020 Jumlah discaj baru:40 Jumlah kumulatif:9395 (91.43%) Jumlah kes baru;57 Jumlah kumulatif:10276 Jumlah kes aktif:751 Kes tempatan:51 (45WN, 6BWN) Kes import:6 (1WN, 5BWN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:130 (1.26%) Kes di ICU: 9 intubated: 2 pic.twitter.com/kyWq8owIKc

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kematian #kesihatan #KKM #Kluster Kuarters #Malaysia #rakyat #Tongod