Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini berusia 20 tahun perlu segera dinaik taraf ekoran kesesakan yang telah menyebabkan penurunan dari segi kualiti dan kecekapan perkhidmatannya, kata bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.
Katanya walaupun KLIA telah mencapai sasarannya untuk menjadi hab serantau dengan jumlah trafik udara yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk melihat semula beberapa bidang kecekapan pengurusan seperti waktu yang lebih lama untuk pemeriksaan imigresen, pengambilan bagasi dan juga pemeriksaan keselamatan.
"Ini adalah beberapa masalah biasa yang dibangkitkan oleh para pengguna. Semua ini mungkin agak remah tetapi pada akhirnya , ini merupakan faktor penyumbang berhubung kualiti perkhidmatan lapangan terbang secara keseluruhan yang perlu kita perhatikan," katanya.
Ong berkata telah masanya juga untuk melihat semula kapasiti pengendalian semasa berbanding kapasiti reka bentuk serta indeks tinjauan kualiti perkhidmatan KLIA berbanding dengan lapangan terbang lain di rantau ini.
"Saya masih ingat ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan kira-kira 10 tahun yang lalu, kami sangat prihatin terhadap kualiti perkhidmatan lapangan terbang tetapi yang menghairankan, ini tidak diberi parhatian sejak sekian lama sedangkan indeks kualiti perkhidmatan lapangan terbang kita telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Sudah tiba masanya kita mengambil tindakan segera untuk menangani masalah penurunan perkhidmatan ini," katanya.
Dalam menghadapi persaingan sengit dengan perkhidmatan udara dari negara lain, Ong menekankan tentang pentingnya kemudahan serta peralatan di KLIA "dinaik taraf sebelum terlambat".
Beliau juga mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), sebagai pengendali lapangan terbang di negara ini mengadakan "penjenamaan yang berbeza" bagi terminal di bawah bidang kuasanya untuk kecekapan dari segi peruntukan slot syarikat penerbangan serta slot jadual.
Slot jadual akan memberi kesan berat sama ada terminal lapangan terbang dianggap tidak digunakan atau melebihi kapasiti dan ini harus diberi perhatian secara komprehensif sebelum MAHB menghulurkan lebih banyak pemain di terminal utama seperti KLIA dan KLIA2.
"Semua orang berharap KLIA akan memainkan peranan penting sebagai hub perkhidmatan penuh bagi menampung keperluan syarikat penerbangan tempatan dan asing. Tetapi KLIA2 dalam pada itu dibina bagi penerbangan tambang murah dan MAHB perlu melakukan penjemanaan yang lebih jelas.
"Ini bermakna jika kita mahu menjadikan KLIA khusus sebagai terminal perkhidmatan penuh maka kita hendaklah melakukannya dengan cara mempastikan ia dapat menampung bukan sahaja kekerapan penerbangan yang sedia ada tetapi juga kekerapan penerbangan pada masa depan," katanya.
Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah penggunaan ruang oleh syarikat penerbangan dan Ong berkata beliau banyak menemui kes di mana orang ramai mengadu tentang masalah kesesakan di zon atau kaunter tertentu.
"Mungkin salah satu parameter yang harus kita perhatikan ialah tahap keselesaan penumpang di mana pada masa lalu berdasarkan meter persegi atau kaki persegi bagi seorang penumpang dan ini penting dalam rekabentuk lapangan terbang.
"Kita perlu melihat semula slot kaunter samada kondusif bagi mempromosi tahap keselesaan penumpang."
Ong memuji Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) kerana telah mengambil usaha menaik taraf perkhidmatannya di KLIA terutama di kaunter kelas perniagaan.
Bagi MAHB, adalah lebih bijak untuk memperuntukkan kawasan khusus yang menempatkan kaunter kelas perniagaan bagi penerbangan kebangsaan dan bukan membiarkannya menaiki kapal terbang bersama syarikat penerbangan lain yang bukan dalam kategori yang sama.
Pada Januari lepas Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata kerja-kerja merombak kemudahan di KLIA akan bermula tahun ini bagi melonjak semula ranking antarabangsanya yang mengalami penurunan dengan cepat.
KLIA diletakkan di ranking ke 34 pada 2017 berbanding ranking ke 24 pada 2016 dalam kajian oleh Skytrax, sebuah syarikat perundingan Britain, di mana lapangan terbang Changi di Singapura mendapat tempat teratas bagi dua tahun berkenaan.
Bagaimanapun, KLIA berada dalam ranking ke 7 dalam kategori perkhidmatan terbaik staf lapangan terbang di dunia manakala mendapat tempat teratas bagi perkidmatan imigresen .
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018

KLIA diletakkan di ranking ke 34 pada 2017 berbanding ranking ke 24 pada 2016 dalam kajian oleh Skytrax. - Gambar hiasan

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

AirAsia harap pembukaan semula Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada September
Ketika ini Airasia melaksanakan penerbangan ke 11 bandar di ASEAN dari Singapura berbanding 16 bandar sebelum penutupan sempadan antarabangsa akibat COVID-19.

COVID-19: Singapura catat 52 kes baharu pada Jumaat, empat babitkan rakyat Malaysia
Semua kes itu berkaitan dengan kluster Kes 62873, seorang pekerja pencuci di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, disahkan dijangkiti virus itu pada 5 Mei.

Perkhidmatan Firefly ke Singapura akan diketahui tidak lama lagi
Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, menggantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Pesawat penumpang Singapura berpatah balik akibat ancaman bom
Angkatan Pertahanan Udara Singapura telah mengiringi pesawat itu kembali ke republik berkenaan.