KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
Bernama
Disember 24, 2013 08:00 MYT
Disember 24, 2013 08:00 MYT
KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.
Bersama-sama barisan penyanyi popular tanah air bagi mengalu-alukan kedatangan 2014, majlis akan dimulakan dengan persembahan kebudayaan yang mempamerkan Malaysia kepada dunia sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
KLCCH dalam satu kenyataan di sini berkata acara itu akan turut menampilkan paparan skrin air serentak dengan muzik dan imej serta pertunjukan bunga api terbesar Kuala Lumpur tepat detik 12 tengah malam.
Persembahan itu dijangka bermula 9 malam dan kemuncaknya pertunjukan bunga api pada tengah malam itu dan KLCCH mengalu-alukan orang ramai menyertai sambutan itu.