Klang mula dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

Nailah Huda
November 10, 2022 09:16 MYT
Klang merupakan antara daerah yang tersenarai dalam notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kementerian Alam Sekitar dan Air pada Khamis.- Sumber foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang dinaiki air pada Khamis selepas hujan ribut bermula kira-kira jam 2 petang.
Antara kawasan terjejas adalah Kapar dan Meru, termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru.
Klang merupakan antara daerah yang tersenarai dalam notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kementerian Alam Sekitar dan Air pada Khamis.
Menurut notis tersebut, antara lokasi yang berisiko dilanda banjir kilat di Klang termasuk Kampung Teluk Gong, Taman Daya Meru dan Pekan Meru.
Dari pemerhatian di laman Twitter @MediaSelangor, Astro AWANI mendapati air sudah mula naik susulan hujan lebat.
Berdasarkan perkongsian oleh pengguna media sosial, antara kawasan yang paling teruk terjejas di Meru termasuk di sekitar Jalan Haji Abdul Manan.
#Klang #Meru #kapar #banjir kilat