KL Heritage Food Trails bakal tarik pelancong
Rahimah Abdullah
Disember 20, 2019 19:14 MYT
Disember 20, 2019 19:14 MYT
Tourism Malaysia melancarkan KL Heritage Food Trails dan tawaran menarik Mycity Pass sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Ketua Pengarahnya, Datuk Musa Yusof berkata, program berkenaan merupakan kerjasama dengan Prasarana Malaysia dan MRT Corporation dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke dalam negara.
KL Heritage Food Trails memfokuskan kepada tiga lokasi utama pelancong yang melambangkan identiti negara yang berbilang bangsa dan agama.
Lokasi berkenaan ialah Kampung Baru, Brickfields dan Petaling Street.
"Kita perkenalkan program ada tiga lokasi di Kampung Baru, Brickfield n Petaling Street sebab ia adalah Malaysia Truely Asia. Kombinasi ini amat menarik sebab kita sudah berbincang sebelum ini untuk menghubungkan pelancongan melalui pengangkutan awam. Pada masa sama, kita boleh tambah produk pelancongan yang ada untuk pelancong," katanya dalam sidang media selepas melancarkan KL Heritage Food Trails dan Mycity Pass di Stesen LRT Pasar Seni di sini pada Jumaat.
Malah, bagi melancarkan perjalanan pelancong ke destinasi berkenaan, mereka boleh menaiki pengangkutan awam dengan tawaran menarik Mycity Pass.
Untuk tempoh 25 hingga 31 Disember ini, pengguna kali pertama boleh mendapatkan Mycity Pass pada harga RM20 sehari bagi perjalanan tanpa had apabila menggunakan MRT, LRT dan BRT.
Manakala RM35 ditawarkan untuk pas perjalanan tanpa had untuk tiga hari.
Harga RM10 sehari dan RM25 sehari ditawarkan untuk pemilik kad Touch and Go dan Mycity Pass sedia ada.
#Datuk Musa Yusof
#KL Heritage Food Trails
#Kuala Lumpur
#LRT
#Malaysia
#MRT
#Mycity Pass
#pelancong
#pelancongan
#prasarana
#Tourism Malaysia